NOTA BAB 1 : TUJUAN PERNIAGAAN DAN PEMILIKAN PERNIAGAAN

by - May 27, 2018


BAB 1 : TUJUAN PERNIAGAAN DAN PEMILIKAN PERNIAGAAN

Pengenalan
·         Perniagaan merujuk kepada aktiviti yang melibatkan urus niaga jual beli barang dan perkhidmatan
·         antara penjual yang mendapat keuntungan  dan  pembeli untuk  memenuhi  keperluan dan  kehendak.
·         Konsep asas perniagaan melibatkan  enam  komponen, iaitu:
1.       barang dan perkhidmatan;
2.       memuaskan  keperluan  dan  kehendak  pengguna;
3.       pertukaran nilai;
4.       keuntungan  perniagaan;
5.       penjual dan pembeli;
6.       kontrak perniagaan .

Aktiviti  perniagaan  dapat  dibahagikan  kepada  dua, iaitu:
1    .       aktiviti berasaskan barang;
2    .       aktiviti berasaskan perkhidmatan.

1.       Organisasi  Bermotif  Untung (OBU)  ialah:
o   organisasi yang   mengeluar kan   serta    menjual    barang   dan perkhidmatan 
o   dengan bermotifkan  keuntungan.

2.       Organisasi Bukan Bermotif Untung (OBBU):
o   merupakan organisasi seperti persatuan, kelab, dan  badan amal
o   ditubuhkan untuk memenuhi keperluan awam
o   seperti yatim piatu, golongan kurang  berkemampuan,  dan warga tua.

BENTUK PEMILIKAN PERNIAGAAN

1.       MILIKAN TUNGGAL
·         sejenis    perniagaan    yang d1tubuhkan , dimiliki, dan dikawal  sepenuhnya  oleh  seorang individu.

Proses pe daftaran perniagaan milikan tunggal yang mempunyai premis tetap adalah seperti yang berikut:
            (a)    mendaftar dengan Pendaftar Perniagaan


 (b) mendapatkan   lesen   perniagaan   daripada   Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) .
Kelebihan milikan tunggal ialah:
·                     ·         memerlukan modal yang kecil;
·                     ·         mudah ditubuhkan, dikawal, dan diuruskan ;
·                     ·         pemilik bebas mentadbir perniagaan;
·                     ·         keuntungan  dikenakan  cukai  pen9apatan  individu;
·                     ·         mempunyai insentif untuk bekerja keras;
·                     ·         boleh meletakkan perniagaan berhampiran dengan rumah pelanggan;
·                     ·         mernpunyai hubungan rapat dengan pelanggan;
·                     ·         memberikan kemudahan kredit kepada pelanggan.


Kekurangan milikan tunggal ialah:
·                     ·         pemilik menanggung liabiliti yang tidak terhad;
·                     ·         modal  yang  terhad   menyekat   perkembangan perniagaan ;
·                     ·         tiada  pembahagian  dan pengkhususan  kerja;
·                     ·         perniagaan  mungkin tidak  berterusan;
·                     ·         pemilik menanggung beban kerja yang banyak.


2.       PERKONGSIAN
·                     ·         Perkongsian ialah milikan yang ditubuhkan melalui kerja_sama antara dua  atau lebih individu
·                     ·         bagi menJalankan sesuatu perniagaan.
·                     ·         Perkongsian  ditubuhkan  di  bawah  peruntukan  Akta Perkongsian   1961  dan  didaftarkan  di  bawah  Akta Pendaftaran Perniagaan  1956.
·                     ·         Bilangan  rakan  kongsi  adalah  antara  2  hingga 20 orang. Namun, bagi perkongsian yang melibatkan profesion
·                     ·         seperti peguam, jumlah maksimum rakan kongsi tidak  boleh melebihi  50 orang.


Jenis  rakan  kongsi  yang  wujud  dalam  perniagaan perkongsian:
1.             ·         rakan kongsi berhad;
2.             ·         rakan kongsi lelap;
3.             ·         rakan kongsi biasa;
4.             ·         rakan kongsi aktif;
5.             ·         rakan kongsi nominal (namaan).


Jenis-jenis perkongsian :
·                     1.       perkongsian  biasa
·                     2.       perkongsian  berhad;
·                     3.       perkongsian liabiliti terhad (PLT).


Ciri-ciri perkongsian liabiliti terhad (PLT):
·                     ·         entiti berasingan;
·                     ·         liabiliti terhad;
·                     ·         hayat berterusan.


Kelebihan perniagaan perkongsian ialah:
·                     ·         mudah ditubuhkan;
·                     ·         dapat   mengumpul   modal  yang   lebih   banyak
·                     ·         berbanding perniagaan  milikan tunggal
·                     ·         Risiko perniagaan dapat disebarkan dalam kalangan rakan kongsi;


Saiz Perniagaan

Yang berikut adalah  klasifikasi  perniagaan  berdasarkan  saiz  di Malaysia  seperti yangditetapkan  oleh  Perbadanan Enterpris Kecil dan Sederhana  (Smecorp).


JUMLAH JUALAN TAHUNAN (RM):

Klasifikasi           : Perkilangan
Jualan                   : RM 300k___________< RM15j____________< RM50j___________
Saiz                        :                        Kecil                               Sederhana                        Besar

Klasifikasi           : Perkhidmatan
Jualan                   : RM300k____________< RM3j____________< RM20j___________
Saiz                        :                        Kecil                               sederhana                        besar



BILANGAN PEKERJA TETAP (ORANG):

Klasifikasi           : Perkilangan
Pekerja                                : 5___________________< 75________________< 200___________
Saiz                        :                        Kecil                               sederhana                        besar

Klasifikasi           : Perkhidmatan
Pekerja                                : 5___________________< 30________________< 75____________
Saiz                        :                        Kecil                               sederhana                        besar

Kelebihan perniagaan bersaiz kecil:
·         kos overhed yang rendah;
·         cepat  menyelesaikan  rungutan  pelanggan;
·         fleksibel dari segi membuat perubahan dan kos upah yang  rendah.

Kekurangan perniagaan bersaiz kecil:
·         menanggung kos pengeluaran yang tinggi;
·         kurang berdaya saing;
·         sukar   untuk  menarik  pekerja  yang  mahir  serta berpengalaman  dan masalah sumber  kewangan.

Cabaran  yang   dihadapi   oleh   perniagaan   bersaiz kecil:
·         pemilik  menanggung  bebanan  kerja yang berat;
·         strategi  untuk  mengekalkan  pelanggan  lama  dan mendapatkan  pelanggan  baharu;
·         cabaran untuk memastikan pekerja sentiasa bermotivasi dan mengawal kos overhed yang mungkin  menjadi  berlebihan.

Kelebihan perniagaan bersaiz sederhana:
·         mudah ditubuhkan  berbanding perniagaan bersaiz besar;
·         fleksibel  dari  segi  membuat  perubahan;
·         (c) semangat  bekerja dalam pasukan  kuat dan kedudukan kewangan dapat dirahsiakan.

Kekurangan perniagaan bersaiz sederhana:
·         sukar untuk melatih pekerja menghadapi cabaran ;
·         tidak dapat menawarkan peluang kerjaya yang menarik untuk pekerja dan wujud jurang hubungan
antara majikan dengan pekerja.
Cabaran   yang  dihadapi   oleh   perniagaan   bersaiz sederhana:
·         untuk  meningkatkan  hasil  berbanding  perniagaan bersaiz kecil dan besar;
·         persaingan  dengan  perniagaan  besar  untuk mendapatkan pekerja yang pakar dan berpengalaman;
·         menghadapi pelbagai peraturan dan perundangan kerajaan.

Kelebihan perniagaan bersaiz besar:
·         menikmati ekonomi bidangan di mana kos seunit keluaran dapat diminimumkan;
·         dapat menguasai  pasaran;
·         dapat mengamalkan pengkhususan dengan mengupah tenaga pekerja yang pakar dan berpengalaman.

Kekurangan perniagaan bersaiz besar:
·         komunikasi kurang berkesan kerana terdapat pelbagai hierarki dalam pengurusan;
·         birokrasi kerana wujud polisi dan pelbagai peraturan dalam organisasi;
·         risiko kerugian kerana pengaruh ekonomi dan politik.

Cabaran yang dihadapi oleh perniagaan bersaiz besar:
·         ketidakpastian pasaran  kerana perubahan yang kerap dalam ekonomi global, politik, teknologi,
dan perundangan;
·         menghadapi persaingan dalam mendapatkan pekerja yang mahir dan berpengalaman;
·         menghadapi cabaran dalam meningkatkan keuntungan serta perundangan;
·         peraturan kerajaan untuk melindungi hak pelbagai pihak.


Sektor Perniagaan
·         Sektor perniagaan dapat digolongkan seperti yang berikut:
Skala Perniagaan

Skala perniagaan boleh digolongkan kepada :
·         pasaran  domestik 
o   melibatkan penjualan  barang dan perkhidmatan  dalam  negara,
o   iaitu secara  tempatan  yang melibatkan  penduduk tempatan.
o   Ia melibatkan perniagaan  runcit dan borong.
·         pasaran  antarabangsa 
o   melibatkan  penjualan  dan  pembelian  barang yang  merentasi  sempadan  negara,
o   iaitu antara satu negara dengan negara lain.
o   Ia melibatkan kegiatan import, eksport, dan entrepot.

Skala  perniagaan  domestik  dan  antarabangsa  adalah  seperti  yang  berikut:

Perkaitan antara Penawaran Barang dan Perkhidmatan, Bentuk Pemilikan, Klasifikasi, dan Skala Perniagaan

·         Sesebuah perniagaan boleh menawarkan barang, perkhidmatan atau kedua-duanya untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
·         Saiz serta jenis produk yang ditawarkan boleh mempengaruhi bentuk pemilikan perniagaan yang
ditubuhkan oleh peniaga sama ada milikan tunggal, perkongsian, syarikat berhad, atau koperasi.
·         Peniaga  yang  ingin  menjalankan  perniagaan  secara kecil-kecilan biasanya memilih untuk menubuhkan milikan tunggal atau perkongsian.
·         Apabila perniagaan semakin berkembang dengan saiz pasaran yang semakin luas, pemilikan perniagaan tersebut boleh diubah kepada syarikat berhad.
·         Perniagaan boleh dikategorikan mengikut skala, iaitu:
o   domestik  dan  antarabangsa. 
·         Dengan perkembangan teknologi
o   seperti internet, skala perniagaan tidak lagi dipengaruhi oleh saiz perniagaan.
o   Perniagaan yang bersaiz kecil juga boleh menembusi pasaran global dengan menjual produk melalui internet.
o   Justeru, meningkatkan hasil dan keuntungan.
·         Terdapat  tiga  sektor  dalam  perniagaan,  iaitu 
1.       Sektor utama (primer),
2.       sektor kedua (sekunder),
3.       sektor ketiga (tertier) .

Hasil   sektor   utama:
o   seperti   bahan-bahan   mentah
o   untuk memenuhi pasaran domestik,
o   biasanya dijual kepada para pengilang tempatan
o   untuk diproses menjadi barang siap dan separuh siap.
Hasil sektor kedua dan ketiga,
o   iaitu perkilangan dan perkhidmatan
o   dapat memenuhi kedua-dua pasaran tempatan dan antarabangsa .

Perkembangan Sektor Perniagaan di Malaysia
o   Sektor perniagaan di Malaysia dapat dibahagikan kepada:
o    sektor utama, sektor kedua, dan sektor  ketiga.
o   Corak perkembangan sektor perniagaan dapat dibahagikan kepada tiga peringkat seperti yang berikut.


You May Also Like

0 comments