NOTA BAB 2 TREND SEMASA DALAM PERNIAGAAN

by - May 27, 2018


BAB 2: TREND SEMASA DALAM PERNIAGAAN

1.       Peranan Kerajaan dalam Menangani lsu-isu Tempatan, Negara, dan Serantau
·         Kerajaan memainkan peranan yang penting untuk membantu perniagaan bersaing di peringkat domestik dan antarabangsa melalui beberapa kementerian dan agensi.
·         Antara agensi tersebut  ialah:
o   Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan lndustri  (MITI);
o   Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan  (KPDNKK);
o   Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE);
o   Bank Negara Malaysia  (BNM).

Peranan Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri, dan Kerajaan Tempatan
1.  Peranan kerajaan pusat
·         Aspek perundangan
o   kerajaan pusat bertanggungjawab menggubal  undang-undang  berkaitan dengan  pendaftaran dan peraturan perniagaan, perlindungan  pengguna, dan  pelepasan  cukai.
·         Aspek kewangan
o   kerajaan pusat membantu peniaga mendapatkan pelbagai sumber kewangan
o   untuk memulakan dan memajukan perniagaan.
o   Tumpuan khas diberikan kepada peniaga kecil­ kecilan dan pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana  (PKS) 
o   melalui  agensi   pembiaya seperti :
§  Majlis Amanah Rakyat (MARA),
§  Bank Pembangunan dan lnfrastruktur Malaysia Berhad (BPIMB),
§  Amanah lkhtiar Malaysia,
§  Credit Guarantee Corporation  Malaysia  Berhad (CGC).
·         Aspek  perkembangan  aktiviti  perniagaan
o   iaitu aktiviti perniagaan ditumpukan kepada aktiviti promosi, latihan dan pembangunan,
o   serta aktiviti penyelidikan dan pembangunan.

2.  Peranan kerajaan negeri
·         Mewujudkan kawasan industri;
·         Menjalin kerjasama dengan sektor swasta;
·         Menarik pelabur tempatan dan asing;
·         Membentuk syarikat  berkepentingan  kerajaan negeri seperti Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN);
·         Menyediakan skim galakan kepada sektor swasta untuk mengusahakan  sesuatu jenis  pertanian.

3. Peranan    Kerajaan    Tempatan/Pihak    Berkuasa Tempatan (PBT)
·         Menyediakan kemudahan infrastruktur;
·         Mewujudkan pusat-pusat perniagaan dan perdagangan;
·         Mengawal kesihatan dan  keselamatan awam;
·         Melaksanakan tanggungjawab sosial, terutama dalam penyediaan  kemudahan  awam  seperti taman rekreasi.


4. Peranan kerajaan dari aspek pertumbuhan ekonomi
·         Terdapat pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk meningkatkan
kegiatan ekonomi dan antaranya ialah:
o   Program Transformasi Kerajaan (GTP)
o   Program Transformasi Ekonomi (ETP).
·         Untuk memajukan ekonomi,
o   kerajaan membantu pertumbuhan ekonomi setempat, memperkukuh ekonomi melalui pelaksanaan:
§   dasar  fiskal
§  dasar kewangan
§  menggalakkan perniagaan eksport dengan menyediakan pelbagai galakan - contohnya : elaun  eksport.

5.  Peranan kerajaan dari aspek guna tenaga

·         Guna tenaga penuh:
o   bermakna: - kadar pengangguran kurang daripada  4 %.

·         Terdapat empat jenis pengangguran, iaitu:
1.       pengangguran bermusim,
2.       pengangguran teknologi,
3.       pengangguran kitaran,
4.       pengangguran struktur.

·         Cara kerajaan mengatasi pengangguran:
1.       pengangguran bermusim
o   memberi insentif kepada pihak perniagaan
o   seperti pengecualian cukai
o   untuk membenarkan pekerja terus bekerja;
2.       pengangguran teknologi
o   membenarkan penggunaan mesin-mesin moden
o   hanya untuk proses tertentu
o   yang tidak dapat dilaksanakan oleh tenaga buruh;
3.       pengangguran kitaran
o   melaksanakan dasar fiskal dan kewangan untuk mengatasi ke­ melesetan  ekonomi;
4.       pengangguran struktur
o   membuat perancangan     ekonomi    
o   sesuai dengan trend perubahan  ekonomi  dan perniagaan  global.

6. Peranan kerajaan dari aspek ekonomi
1.       lnflasi
o   satu keadaan kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan
o   disebabkan oleh permintaan yang melebihi  penawaran  di  pasaran;
o   inflasi tolakan kos :
§  lnflasi yang berlaku  disebabkan oleh kenaikan pengeluaran kos barang dan perkhidmatan


Kerajaan memainkan peranan  mengawal inflasi dengan cara :
·         galakan pelaburan - untuk meningkatkan jumlah pengeluaran barang dan perkhidmatan;
·         memberi subsidi kepada pengeluar -supaya tidak berlaku peningkatan kos pengeluaran ;
·         meningkatkan kadar faedah
·         melaksanakan dasar kerajaan - seperti mengutip duti eksport terhadap  barang eksport.

(b) Deflasi
·         suatu keadaan kejatuhan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan
·         disebabkan oleh kejatuhan dalam permintaan oleh pengguna
·         yang tidak mampu membeli barang di pasaran ;
·         kesannya ialah:
o   kuasa beli penduduk menurun
o   kerana kehilangan pekerjaan dan
o   ini seterusnya akan membantutkan  aktiviti perniagaan;

kerajaan  memainkan peranan  mengatasi masalah  deflasi  dengan  cara :
1.       menurunkan  kadar cukai;
2.       memberi khidmat nasihat dan mengadakan perundangan -untuk membantu peniaga menggunakan  sumber  secara  optimum;
3.       menurunkan  kadar faedah;
4.       melaksanakan dasar fiskal.

Trend  Persekitaran  Perniagaan
·         bermaksud  :
o   suatu arah aliran perkembangan sesuatu perniagaan
o   yang dipengaruhi oleh faktor dalaman dan faktor luaran perniagaan .

·         Pasaran  :
·         merupakan  suatu  keadaan  berlakunya  urus niaga antara penjual dengan pembeli
·         pada suatu tingkat harga dan masa
·         yang dipersetujui oleh kedua­dua pihak.

Pasaran terdiri daripada:
·         pasaran  untuk semua  (mass market) ;
·         pasaran produk;
·         pasaran  kewangan.

Apabila ekonomi berkembang, permintaan daripada pengguna dari dalam dan luar negara akan meningkat dan membawa kepada trend yang berikut  dalam negara:
1.       guna tenaga - dalam semua sektor (akan meningkat), iaitu :
·         sektor utama,
·         sektor kedua,
·         sektor ketiga
2.       pendapatan  perniagaan - akan meningkat
·         kerana hasil jualan  dan keuntungan akan meningkat;
3.       negara akan mengalami pertumbuhan ekonomi
·         kerana pembayaran cukai oleh perniagaan akan digunakan oleh kerajaan
·         untuk pelbagai projek pembangunan berkaitan masyarakat dan ekonomi.

Undang-undang yang berkaitan dengan  perniagaan
·         Digubal dan dilaksanakan dengan tujuan:
o   untuk memastikan setiap aktiviti perniagaan dijalankan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
·         Boleh memberikan kesan terhadap aspek persekitaran 
o   seperti  kesihatan  dan  keselamatan, pekerjaan,  maklumat,  perancangan,  perlindungan pengguna,    persaingan,    pengiklanan,    undang­ undang syarikat, serta persekitaran.

·         Antara  akta    berkaitan dengan aspek-aspek berkenaan ialah:
1.       Akta  Kontrak  1950;
2.       Akta  Jualan  Barangan  1957;
3.       Akta  Sewa  Beli  1967;
4.       Akta Perkongsian  1961;
5.       Akta Syarikat 1965;
6.       Akta  Pekerjaan  1955;
7.       Akta  Perhubungan  lndustri  1967;
8.       Akta Hak Cipta 1987.


Analisis Faktor-faktor yang Membawa Perubahan kepada Persekitaran Perniagaan
·         Para peniaga perlu peka kepada perubahan dalam persekitaran yang melibatkan faktor  dalaman  dan faktor luaran.
·         Kedua-dua faktor ini boleh dikaji dengan melakukan analisis kekuatan (strengths), kelemahan (weaknesses), peluang (opportunities), dan ancaman (threats)  (SWOT) yang dihadapi  oleh organisasi.
·         Analisis SWOT dapat digunakan untuk menggubal strategi perniagaan untuk merealisasikan visi, misi, dan objektif perniagaan.

Faktor dalaman
·         merujuk kepada faktor-faktor yang dimiliki oleh syarikat
·         boleh memberi kekuatan (S) dan kelemahan (W) kepada sesebuah organisasi.

FAKTOR DALAMAN
Huraian
G
Gaya pengurusan
·      Tingkah  laku yang ditunjukkan  oleh pengurus atau  majikan
·      untuk mempengaruhi gelagat pekerjanya.
·      Antaranya ialah gaya pengurusan laissez-faire, gaya pengurusan sokongan, gaya pengurusan sederhana, gaya pengurusan autokratik, dan gaya pengurusan  demokratik.
S
Sumber  manusia
·      Sumber  manusia yang mencukupi dan berkemahiran tinggi  akan  menjadikan perniagaan menjadi lebih berdaya saing.
·      Sumber manusia boleh dibahagikan  kepada sumber manusia dalaman  dan sumber  manusia luaran.
T
Teknologi maklumat
·      Sistem teknologi  maklumat yang cekap dan berkesan 
·      membolehkan  organisasi menjalankan  urusan perniagaan dengan pembekal dan pelanggan dengan segera  dan tepat.
·      Keputusan perniagaan dapat dibuat dengan serta-merta.
P
Pemasaran
·      Strategi pemasaran yang baik dan kukuh dapat mempengaruhi permintaan pengguna terhadap barang dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh organisasi.
·      Hal ini melibatkan elemen-elemen campuran pemasaran, iaitu produk, pengedaranpromosi, dan harga.
P
Pengeluaran
·      Barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan  adalah  bermutu dan dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
P
Penyelidikan dan pembangunan
·      Dengan adanya penyelidikan dan pembangunan, perniagaan dapat meningkatkan mutu keluaran dan memperkenalkan keluaran baharu di pasaran.
·      Melalui penyelidikan pemasaran, perniagaan dapat mengetahui cita rasa pengguna dan trend pasaran.
K
Kewangan
·      Struktur kewangan  organisasi yang kukuh
·      membolehkan sumber kewangan digunakan secara  optimum  untuk memajukan  perniagaan.


(b) Faktor  luaran
·         merujuk  kepada  faktor-faktor  yang  boleh  memberi  peluang (O) dan ancaman (T) kepada  sesebuah syarikat.

FAKTOR LUARAN
Huraian
U
Undang-undang
·   Peraturan dan undang-undang untuk melindungi pengguna, masyarakat, dan alam sekitar
·   boleh memberi kesan kepada cara perniagaan diuruskan, kos operasi dan peletakan harga, serta cara promosi produk.
S
Sosiobudaya
·   Cara hidup pengguna yang dipengaruhi oleh budaya dan agama  serta umur dan jantina 
·   boleh memberi kesan kepada permintaan sesuatu  barang yang dikeluarkan oleh  perniagaan.
E
Ekologi
·   Melibatkan isu alam sekitar serta kekurangan sumber-sumber
·   seperti bahan mentah dan tenaga yang diperlukan dalam proses pengeluaran.
P
Politik
·   Dasar dan polisi kerajaan dilaksanakan melalui undang-undang yang
·   boleh membawa kesan positif atau negatif kepaaa perniagaan.
E
Ekonomi
·   Keadaan ekonomi yang meningkat
·   dapat meningkatkan prestasi perniagaan dan begitulah sebaliknya.
T
Teknologi
·   Perkembangan dan perubahan teknologi
·   membolehkan perniagaan  meningkatkan mutu dan jenis  keluaran dan
·   hal ini seterusnya dapat meningkatkan  peluang pasaran.

3. Analisis faktor dalaman dan faktor luaran
·         Analisis dalaman dan luaran terhadap sesebuah organisasi perniagaan boleh dilakukan dengan
menggunakan analisis SWOT.
·         Analisis SWOT bertujuan:
o   menilai kesan perubahan persekitaran dalaman (GSTPPPK) dan luaran(USEPET)
o   mempengaruhi aktiviti organisasi perniagaan.
·         Kekuatan (S) dan kelemahan (W):
o   merupakan komponen untuk menganalisis faktor dalaman (GSTPPPK)
·         Peluang (O) dan ancaman (T):
o   merupakan  komponen untuk menganalisis faktor  luaran (USEPET)

Faktor dalaman (GSTPPPK)
·         melibatkan kekuatan (S) dan kelemahan (W) organisasi .
·         Contoh kekuatan (S) ialah:
o   jenama yang sedia terkenal,
o   sumber kewangan yang kukuh dan sebagainya
·         Contoh kelemahan (W) ialah:
o   pekerja yang kurang mahir dan teknologi yang rendah.

Faktor  luaran (USEPET)
·         melibatkan  peluang (O)  dan  ancaman (T).
·         Contoh peluang (O) ialah:
o   perkembangan ekonomi dan bantuan kerajaan.
·         Contoh ancaman (T) ialah:
o   muncul pesaing baharu,
o   perundangan dan peraturan baharu kerajaan
o   mungkin memberi kesan negatif kepada kos pengeluaran
Penggunaan Matriks SWOT

STRATEGI
HURAIAN
Kekuatan - Peluang
( S - O)
·         Kekuatan (S) merujuk kepada kelebihan (S-O) dalam organisasi
·         seperti teknologi unik yang dibangunkan oleh organisasi
·         boleh digunakan untuk merebut peluang (O) yang wujud 
·         akibat  perkembangan  dalam faktor luaran (USEPET).
Kelemahan - Peluang
( W - O)
·         Kelemahan (W) merujuk kepada kekurangan(W-T) dalam organisasi
·         seperti kekurangan  sumber kewangan (F. Dalaman)
·         akan  menyebabkan perniagaan tidak dapat meningkatkan  pengeluaran
·         apabila wujud  perkembangan  daripada faktor  luaran (USEPET),
·         contohnya:  pertambahan permintaan  global  akibat  perkembangan  ekonomi.
Kekuatan - Ancaman
( S - T)
·         Kekuatan (s) organisasi perniagaan
·         Seperti: produk (Faktor Dalaman) yang unik digunakan dalam menghadapi ancaman (T) yang wujud akibat perkembangan faktor luaran (usepet)
·         Seperti: bilangan pesaing (F. luaran) yang meningkat dalam industri.
Kelemahan­ - Ancaman
( W - T )
·         Kekurangan (WT) yang dihadapi oleh perniagaan
·         Seperti: kos pengeluaran seunit (faktor dalaman) yang tinggi
·         tidak dapat menyaingi pesaing (T) yang sanggup menurunkan harga jualan  akibat kejatuhan dalam  permintaan 
·         akibat kemelesetan ekonomi global (faktor luaran).

Kesan Perubahan Persekitaran Terhadap Organisasi Perniagaan
1 . Pasaran
     kesan terhadap pasaran boleh dilihat dari aspek:
·         cita rasa, fesyen, dan gaya hidup menyebabkan
·         barang lama hilang permintaan di pasaran;
·         kemasukan barang import yang lebih murah bersaing dengan produk tempatan;
·         pembangunan teknologi yang menyebabkan barang lama hilang permintaan.

2. Trend
    kesan perubahan dari aspek trend meliputi:
·         guna tenaga
o   iaitu penurunan dalam guna tenaga
o   akan menyebabkan kadar pengangguran yang meningkat
o   seterusnya menyebabkan pengurangan kutipan cukai pendapatan oleh kerajaan;
·         pendapatan
o   jumlah pendapatan boleh guna yang bertambah
o   akan meningkatkan permintaan terhadap barang dan perkhidmatan
o   hal ini akan merancakkan ekonomi.
·         pertumbuhan ekonomi
o   trend pertumbuhan yang semakin meningkat
o   akan memberi kesan positifterhadap perniagaan,
o   contohnya: peningkatan dalam permintaan - akan meningkatkan jualan dan keuntungan perniagaan.

3. Undang-undang
    kesan perubahan dari aspek undang-undang adalah seperti yang berikut:
1.       melindungi perniagaan daripada sebarang penipuan
o   contohnya: Akta Kontrak 1950 dan Akta Jualan Barangan 1957
o   melindungi peniaga daripada penipuan dalam urus niaga seharian yang boleh merugikannya jika peruntukan dalam sesuatu perjanjian dilanggar oleh satu pihak yang lain.
2.       mewujudkan  sistem  perniagaan  secara  adil
o   contohnya: Akta Persaingan 2010
·         bertujuan mewujudkan keadaan di mana perniagaan bersaing secara adil dalam pasaran
·         syarikat dilarang menyalahgunakan kedudukan dominan di pasaran untuk mendapat kelebihan persaingan yang menindas syarikat yang lemah.
3.       melindungi hak semua pihak di dalam perniagaan
o    contohnya: Akta Hak Cipta 1987
·         digubal oleh kerajaan bertujuan memberi perlindungan terhadap pemilik karya-karya
·         berkaitan sastera, muzik, dan seni terhadap perlanggaran hak oleh pihak lain
·         di mana akan merugikan pemilik hak berkenaan.

You May Also Like

1 comments

  1. Jika anda mempunyai masalah kewangan, maka sudah tiba masanya untuk anda tersenyum. Anda hanya perlu menghubungi Encik Benjamin dengan jumlah yang anda ingin pinjam dan tempoh pembayaran yang sesuai dengan anda dan anda akan mempunyai pinjaman anda dalam tempoh tiga hari bekerja. Saya hanya mendapat manfaat untuk keenam kali pinjaman sebanyak 700 ribu dolar untuk tempoh 180 bulan dengan kemungkinan membayar sebelum tarikh tamat tempoh. Encik Benjamin telah membantu saya dengan pinjaman.Membuat hubungan dengannya dan anda akan melihat bahawa dia adalah seorang yang sangat jujur dengan hati yang baik. E-melnya adalah lfdsloans@lemeridianfds.com dan nombor telefon WhatAppnya ialah + 1-989-394- 3740

    ReplyDelete